NuffNang Ads

Peminat ku.........

Kata-kata itu indah........

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Thursday, February 24, 2011

Cinta Kita - Bab 7


Hairani hanya memerap diri di dalam bilik sepanjang hari. Kebetulan hari tersebut, mereka tiada kuliah. Buku yang berhamparan di meja belajar hanya dibiarkan begitu sahaja. Dia masih lagi leka melayan khayalannya.
          “ Sebenarnya Man memang dah lama minat kat Aira, tapi takut Aira dah ada yang empunya pulak. Maklumlah…Aira kan cantik….” Masih lagi dia ingat betapa gemersiknya suara Aiman sewaktu menelefonnya semalam.
          “ Manalah ada yang sudi nakkan Aira ni Man ? Cuma Man je yang nampak Aira ni cantik kot..!!” Dia membalas kata-kata Aiman. Waktu itu dia tidak ingat sama sekali bahawa dirinya sudah pun menjadi tunangan orang, malahan akan berkahwin tidak lama lagi.
          “ Taklah. Bukan seorang je yang cakap, kawan-kawan Man pun selalu puji Aira ni cantik. Tapi….”
          “ Tapi apa Man..?” Potongnya tidak sabar.
          “ Tapi…mereka cakap Aira ni macam sombong sikit, sebab tu tak ramai yang suka usik..! Mereka takut tengok muka Aira yang serius memanjang tu..” Bicara Aiman, dan kemudiannya ketawa sendiri. Perasaan Hairani bagai terbuai-buai mendengar bunyi Aiman ketawa.
          “ Kalau macam tu…Man pun anggap Aira sombonglah ye..?’ Hairani juga sudah senyum sendiri ketika itu.
          “ Taklah. Malahan Man semakin minat kat Aira. Tak sangka pulak, akhirnya Man berjaya jugak tarik perhatian Aira…” Kala itu Hairani merasakan dunia ini dia yang punya. Di dalam mindanya tiada lain, selain nama Aiman. Tiada sekelumit pun nama Pak Aji tersenarai ketika itu.
          “ Aku mesti telefon mak kat kampung..aku nak batalkan perkahwinan aku…!” Hairani sudah tekad dengan keputusannya untuk membatalkan perkahwinannya dengan Pak Aji. Biarlah emaknya marah sekalipun, dia tetap bertekad mahu meneruskan rancangannya itu. Daripada berkahwin dengan Pak Aji yang sudah tua itu…baik tak payah kahwin sama sekali. Kalau perkahwinan itu berjaya dibatalkan, sekurang-kurangnya dia masih ada Aiman. Ahhh…bila mengingati Aiman..hati Hairani berbunga indah lagi sekali. Aiman itulah buah hati pengarang jantungnya. Hairani berbisik di dalam hati…biar emaknya tahu, sebenarnya selama ini dia bukannya mengejar suami orang ! Biar emaknya tahu, sekalipun tidak dengan Iskandar..dia masih boleh mencari kekasih lain…!!! Yang penting..asal sahaja jangan kahwinkan dia dengan Pak Aji..!!


          Wajah Hairani masih lagi kelihatan ceria. Suara Affiq masih kedengaran di corong telefon, sedang membebel kepadanya. Tapi bebelan Affiq itu tidak mendatangkan kesan pun kepada dirinya.
          “ Akak sendiri jelah cakap dengan mak. Affiq tak nak kena sembur emak tu…mood mak hari ni tak baik sangat..!”
          “ Tolonglah Fiq, bukan susah nak cakap dengan mak tu pun. Affiq cakap je…akak nak batalkan perkahwinan tu….” Desak Hairani. Sebentar tadi sebelum menelefon, bukan main lagi dia kuatkan semangat untuk bercakap dengan emaknya. Tapi sebaik sahaja Affiq yang menjawab panggilannya mengatakan yang mood emaknya tidak baik, perutnya jadi kecut.
          “ Tak nak lah Kak. Fiq tak nak masuk campur..akak cakap sendiri dengan emak. Hal kahwin ni  bukan main-main kak..” Ujar Affiq lagi.
          “ Eii..nanti dulu…” Dan kelihatannya Affiq sudah pun memberikan gagang telefon kepada emaknya. Hairani semakin tidak keruan sebaik sahaja mendengar suara emaknya di corong  telefon.
          “ Ada apa ni Aira..? Kau dah jumpa Haji…?” Soal emaknya. Hairani sudah berkali-kali menelan liur. Bunyi bicaranya memang ketara agak kasar, tidak selembut biasa. Hati Hairani sudah berbelah bagi mahu menyatakan tujuannya menelefon tadi.
          “ Mak….” Suara Hairani tenggelam lagi.
          “ Eh..kau ni kenapa ? Nak minta duit lagi ? Kan minggu lepas mak baru masukkan duit belanja…” Emaknya mula membebel. Hairani menarik nafas panjang.
          “ Bukan..!” Jawab Hairani sepatah. Lidahnya kelu lagi.
          “ Habis tu…Aira nak apa ?”
          “ Aira tak nak kahwin dengan Haji mak. Batalkan saja perkahwinan kami…” Hairani cuba kuatkan hati memberitahu keputusannya kepada emaknya.
          “ Apa kau cakap ni Aira ?” Emaknya sudah meninggikan suara.
          “ Aira tak nak kahwin dengan Haji…” Ulang Hairani, penuh berani.
          “ Hey….bertuah punya anak..!! Kau ni kenapa Aira ? Dah sasau ke sampaikan nak batalkan perkahwinan tu…?” Sudah ! Hairani tahu emaknya akan mula membebel selepas ini.
          “ Mak..Aira tak nak kahwin dengan orang tua…” Hairani cuba merayu, dengan harapan agar ibunya berlembut hati.
          “ Sudah. Jangan nak berangan aku akan sokong keputusan kau ni. Bukan aku tak tahu..kau masih nak kejar Iskandar tu…” Ke situ pulak pemikiran emaknya. Hairani menarik nafas yang agak panjang.
          “ Bukan macam tu mak. Sebenarnya….”
          “ Sebenarnya apa…?” Jerkah emaknya. Terasa melayang jauh seketika perasaannya sewaktu emaknya menjerkah tadi.
          “ Aira dah ada kekasih mak. Bukan Iskandar..tapi Aiman…” Hairani berterus-terang, biarpun sebenarnya dia takut.
          “ Aiman ? Siapa tu ? Kau nikan Aira, jangan nak mengada-ngada. Seminggu je lagi kau nak nikah..mana boleh nak batalkan perkahwinan tu lagi. Kau tinggalkan saja kekasih kau tu..”
          “ Mak….tolonglah….”
          “ Mak tak nak dengar apa-apa lagi Aira. Kalau kau nak batalkan perkahwinan kau dengan Haji…jangan kau balik ke rumah ni lagi, jangan kau panggil aku emak…!!!” Huh…!! Hairani sudah mati kata apabila mendengar ugutan emaknya itu. Sampai begitu sekali emaknya bertindak, asalkan dia tidak membatalkan perkahwinan dengan Haji itu. Sanggup emaknya membuang dirinya sekiranya dia tidak jadi berkahwin dengan Pak Aji.
          “ Mak….” Hairani rasa air matanya sudah mengalir di pipi. Tidak sanggup mahu membayangkan cintanya dan Aiman yang baru berputik itu terpaksa diputuskan.
          “ Sudah. Mak tak dengar apa-apa…jangan terfikir nak batalkan perkahwinan kau tu…! Mak dah buat keputusan, mak hanya akan terima Haji jadi menantu mak. Bukan orang lain, bukan Aiman…atau sesiapa. Cuma Haji je menantu mak….”


Tuttt…tut…tut….
          Talian sudah terputus. Kiranya emak sudah meletak telefon sebaik sahaja habis berkata-kata tadi. Hairani merenung telefon bimbitnya dengan satu pandangan yang kosong. Terasa dunianya gelap gelita.
          “ Sampai hati mak…” Air matanya sudah mengalir dengan deras. Entah bagaimana dia mahu jelaskan kepada Aiman perkara itu nanti. Sedangkan jauh di dalam sudut hatinya, dia terlalu sayang mahu melepaskan Aiman pergi..

No comments:

Post a Comment