NuffNang Ads

Peminat ku.........

Kata-kata itu indah........

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Monday, February 21, 2011

Cinta Kita - Bab 1

Suasana masih lagi kecoh di ruang tamu. Hairani masih lagi duduk termangu di dalam biliknya. Entah kenapa kedatangan ibu saudara yang hampir dua puluh tahun tidak pernah menjengukkan diri ke kampung itu terasa amat menyesakkan dada Hairani. Ingatkan datang hanya dengan niat mahu melawat semula kampung yang telah lama di tinggalkan..tapi, rupanya ada membawa niat lain yang amat membebankan fikiran Hairani.
          “ Takkan kak Long dah lupa ? Kan dulu Mah pernah cakap, Mah ada lima anak lelaki. Jadi..sekarang ni, kami nak jodohkan anak kami yang ketiga tu dengan anak kak Long, Hairani tu. Si Haji tu…em..memang sesuai sekali dengan Hairani..” Bicara itu tembus dari dinding yang memisahkan bilik Hairani dengan ruang tamu, menerpa masuk ke dalam telinganya. Hairani segera menekupkan mukanya dengan bantal busuknya yang sejak kecil lagi masih menemani tidurnya. Dia rasa bagaikan mahu meraung dengan kuat sekali..terasa ingin membantah..
          “ Kak Long pun rasa eloklah kalau mereka dijodohkan. Akak ni bukan apa..susah hati tengok Aira tu..” Hairani rasa telinganya bagaikan mahu tercabut mendengar kata setuju dari emaknya. Dia merintih dalam hati. Sampai hati mak tak bincang dengan Aira dulu…!!!
          “ Haji tu..sekarang dah kerja dah pun. Haji pun berkenan sangat dengan Hairani…katanya, lebih baik pinang terus..bertunang pun kalau boleh jangan lama sangat, nak elak dosa katanya !” Kedengaran Mak Ngah ketawa, disambung oleh bunyi ketawa emak dan ayahnya. Hairani mendengus sendiri. Entah dah tua bangka anaknya tu..nak ditunangkan dengan aku ! Dahlah tu…dah bergelar haji lagi tu ! Matilah kaki aku kena ikat !!
          “ Baguslah macam tu Mah..akak dengan abang kau ni tak ada halangan…” Bunyi ketawa kedengaran lagi. Hairani semakin sakit hati. Serasanya dia mahu menyerang sahaja kedua belah keluarga yang sedang berbincang di ruang tamu rumah itu..mahu menyatakan yang dia tidak setuju dengan cadangan yang baru sahaja dipersetujui tadi. Dia tahu, emaknya memang menggunakan sepenuhnya peluang yang datang itu untuk memisahkan dia dengan Iskandar. Tapi takkanlah emaknya tidak faham, sudah lama dia dan Iskandar berpisah !! Emak memang lambat faham..berulang kali sudah dia katakan dia dan Iskandar sudah berpisah dan sekarang memang dia tidak ada kekasih lain. Agaknya orang tua itu keliru, kerana Iskandar masih sering menghubunginya biarpun mereka telah berpisah. Takut gamaknya, anaknya masih nak berhubung dengan lelaki yang sudah beristeri lain !
          “ Harap-harap..Haji nanti dapat membentuk Aira jadi orang yang baik..! Akak ni Mah, walaupun Aira tu anak akak sendiri, akak tak akan menangkan Aira dalam segala perkara. Aira tu degil..kadang-kadang suka buat perangai. Umur dah meningkat dewasa, perangai macam budak-budak. Agaknya kalau dia jadi isteri Haji..barulah dia dapat jadi matang..” Hampeh !! Hairani menggaru kepala yang tidak gatal. Emaknya sudah sudah mencanangkan perihal sikapnya di hadapan Mak Ngah pula !
          “ Tak jadi masalah tu kak. Akak dah terima ni pun, kami dah bersyukur sangat. Mesti Haji gembira sangat...! Hari tu, waktu tengok gambar Hairani yang ada dalam album Katija..nampak sangat Haji tu jatuh hati kat Hairani..” Uwekkk..!!! Hairani merasakan segala isi perutnya bagaikan mahu terkeluar. Haji tu syok kat aku…??? Dia berbisik sendiri. Tak padan dengan gelaran haji..! Katija punya pasallah ni..macam manalah sepupunya itu boleh membawa album pulak sewaktu berkunjung ke rumah Mak Ngah dulu. Tak semena-mena kerana gambar itu dia kena pinang..!!
          Geli-gelemen dia apabila memikirkan Haji itu. Entah macam manalah orangnya. Biarpun lelaki itu sepupunya, dia sendiri memang tidak kenal dengan sepupunya itu. Lagipun, sudah sekian lama mereka tidak tinggal sekampung..manalah dia ingat. Umur dah masuk 30 tahun..heiii…tuanya…!!!
          Hairani mahu memberontak. Emaknya pun satu. Sampai hati sungguh membuat kata putus sendiri. Sudahlah dia masih belajar..! Tinggal dua semester lagi, tamatlah dia belajar. Takkan itu pun emaknya tak boleh tunggu sekalipun emaknya mahukan menantu. Agaknya emak memang tak nak tengok dia lulus dengan baik..suka nak kusutkan fikirannya dengan perkara rumahtangga pulak !Yang haji ni pun satu..kenapa mesti dia yang jadi pilihan pulak. Belum kenal hati budi lagi, dah nak masuk meminang ? Nanti..gondol pulak kepala tu sebab susah nak faham sikap aku..!! Bukan semudah yang disangka kalau nak fahami atau bentuk sikap aku !!
          “ Aira..hidangkan air untuk Mak Ngah tu..” Suara emaknya menyentakkan lamunannya. Terpinga-pinga Hairani melihat emaknya yang sudah bercekak pinggang berdiri di pintu.
          “ Suruh Affiq je mak..” Hairani sengaja mahu mogok..tidak mahu keluar dari dalam biliknya. Sebenarnya dia geram bukan main apabila emaknya tidak bertanya pendapat dirinya sama ada mahu menerima pinangan itu atau tidak.
          “ Bertuah punya budak. Aira tu perempuan, Affiq tu lelaki. Takkan Aira nak Affiq keluar menghidangkan minuman ? Dah..keluar, cepat hidang air..” Marah emaknya. Hairani menjeling, menunjukkan reaksi melawan.
          “ Kenapa mak setuju nak tunangkan Aira dengan Haji tu mak..? Emak memang tak adil ! Aira ada kat sini pun, mak tak tanya pendapat Aira dulu” Getusnya, dengan suara yang cuba diperlahankan.
          “ Alah..kalau tanya Aira pun, mak tahu Aira memang menolak ! Mak buat keputusan untuk menerima ni demi kebaikkan Aira juga. Lebih baik Aira kahwin dengan sepupu sendiri daripada Aira asyik kacau laki orang ! Bukannya Iskandar seorang je lelaki kat dunia ni. Haji tu pun apa kurangnya..baik..”
          “ Eleh..macamlah mak pernah tengok dia sampaikan mak puji dia macam tu. Entah apa yang dia dah buat kat orang..mesti ada sebab kenapa dia tak kahwin walaupun umur dia dah masuk 30..” Celah Hairani, berani. Bicara beraninya itu menyebabkan wajah emaknya tiba-tiba bertukar merah padam, seakan menahan perasaan marah yang mula memuncak.
          “ Walaupun mak tak pernah tengok dia, tapi mak dapat rasa dia tu baik. Daripada kau terngeneng-ngeneng dengan laki orang, baik kau kahwin dengan dia. Dia tu masih bujang..ada kerja yang bagus..”
          “ Aira masih belajar lagi mak..”
          “ Belajar tak jadi alasan. Sekarang nikan ramai perempuan yang masih belajar tu dah kahwin..Dah ! Jangan nak lawan cakap aku..baik kau hidang air sebelum darah aku naik..!!” Habis ! Hairani telan liur sendiri yang terasa kesat di leher. Kalau emaknya sudah banyak kali  menggunakan perkataan ‘aku’ semasa bercakap, itu merupakan satu petanda yang kurang baik untuk terus melawan. Baik berdiam diri sebelum emaknya menyembur habis-habisan. Hairani bergegas berdiri.
          “ Tu lagi satu, pakai baju kurung. Jangan nak pakai baju yang terdedah sana-sini tu..! Pakai baju macamlah tak cukup kain..” Sempat lagi emaknya mengingatkkannya untuk menukarkan baju yang sedang dipakainya ketika itu. Hairani hanya menurut, biarpun hatinya memberontak tanda melawan. Tak apa kalau sekarang pakai baju kurung..esok lusa, dia tetap akan berpakaian macam biasa jugak, sekalipun suaminya nanti sudah bergelar haji !


          Suasana rumah kayu milik mereka sekeluarga sudah lengang. Tiada lagi bunyi gelak ketawa Mak Ngah dan Pak Ngah..tiada juga bunyi ketawa emak dan ayahnya. Semuanya sepi.
          Baru sejam yang lalu, Mak Ngah dan Pak Ngah bertolak pulang ke Miri dengan menaiki RAV4 mereka. Bukan main sedih wajah emak sewaktu berpisah dengan adiknya yang seorang itu. Kiranya belum cukup Mak Ngahnya bermalam selama 2 malam di rumah mereka. Begitupun riak wajah emaknya bertukar ceria semula apabila Mak Ngah mengingatkan tarikh perkahwinan yang masing-masing telah persetujui, iaitu sebulan dari sekarang.
          Hairani merenung cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya. Cincin emas putih itu memang nampak menarik, tapi itu tidak cukup untuk melembutkan hatinya menerima tunangnya dengan mudah. Si Haji pun satu, kenapalah tidak ikut balik kampung sekali ? Semua urusan perbincangan pun, dibincangkan melalui telefon sahaja. Termasuk berbincang tentang pernikahan mereka pun, dibincangkan melalui telefon. Macamlah sibuk sangat dengan kerja.
          Hairani jadi bengang sendiri. Cuti kecemasan yang diminta daripada pihak universiti selama 4 hari itu terasa sungguh menyeksakan hidupnya. Kalaulah dia tahu, emaknya tergesa-gesa menyuruh dia balik kerana hal bertunang, mati hidup semula pun dia takkan balik ke kampung. Sudahnya, baliknya ke kampung pun bukannya ada fungsi apa-apa. Tetap juga emaknya membuat kata putus sendiri..bukannya bertanya dia terlebih dahulupun.
          Nikah ?? Hati Hairani jadi perit sendiri. Tidak pernah pun dia bermimpi yang dia akan menjadi isteri orang dalam tempoh terdekat ini, apatah lagi dengan sepupu sendiri yang sudah bergelar haji..!
          Dulu setiap kali membaca novel, dia asyik ketawa apabila ada cerita memaparkan kisah perkahwinan yang ditentukan oleh orang tua, kisah kahwin paksa, cinta indah selepas kahwin. Sekarang perkara itu kena dengan batang hidungnya sendiri pula. Dia pun menjadi salah seorang mangsa kahwin yang ditentukan oleh orang tua. Dan yang pasti, dia tidak akan mengecap cinta indah selepas kahwin ! Masakan dia akan ada peluang untuk menikmati cinta itu sekiranya lelaki yang dijodohkan dengan dirinya tidak memenuhi citarasanya.
          Saat itu dia cuba membayangkan wajah sepupu yang hanya di panggil Haji itu. Bertopi haji..sembahyang lima waktu..berjambang..! Kala itu Hairani jadi gerun sendiri. Dapatkah dia menyesuaikan hidupnya dengan cara kehidupan lelaki itu nanti ?? Soal sembahyang, memang dia tidak ada masalah, cuma dia bimbang lelaki yang bakal bergelar suaminya tidak lama lagi itu akan mengongkongnya pula.

No comments:

Post a Comment