NuffNang Ads

Peminat ku.........

Kata-kata itu indah........

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Monday, February 21, 2011

Cinta Kita - Bab 2

Hahahahaha…..!!! ketawa Norain masih bergema di telinganya. Bagaikan mahu pecah perut kawannya itu menahan ketawa. Wajah Norain sudah merah padam gara-gara memikirkan betapa lucunya cerita tentang dia bertunang dengan sepupunya yang sudah pergi haji itu.
          “ So funny…!! Itulah kau, semenjak putus dengan Is, tak pernah cari kekasih baru, apa taknya mak kau salah faham yang kau ada skandal dengan Is. Yang kau dengan Is pun satu, dah tahu yang Is dah nikah, yang kau masih juga berhubung dengan dia tu buat apa?” Ketawa Norain masih berbaki di hujung bicaranya.
          “ Jenuh dah aku cakap kat mak aku Ain, memang aku dengan Is dah lama break off..
          “ Kau cakap dengan mak kau yang kau dengan Is dah lama break off? Mak kau paham ke maksud perkataan break off tu?” Norain menggeleng kepala sendiri, mimik wajahnya ketara menunjukkan dia sedang cuba menahan ketawanya lagi.
          “ Taklah aku guna word tu bila aku cakap dengan mak aku. Mestilah aku cakap yang aku dengan Is dah lama putus..! Engkau nikan Ain, asyik nak ketawakan aku je. Bukannya nak senangkan hati aku…!!” Bibir Hairani sudah muncung, seinci demi seinci. Geram dia dengan gelagat teman serumahnya itu yang sejak tadi asyik mahu mengetawakannya. Dia ingatkan, dengan menceritakan perkara tersebut, Norain boleh tolong memberikan apa-apa pendapat, yang mungkin boleh menenangkan perasaannya. Ini…?
          “ okey..okey..aku minta maaf. Tapi, bila aku ingat pak aji yang pinang kau, aku macam kena shock je Aira. Siapa sangka orang dah bergelar pak aji masih ada minat dengan orang macam kau..”
          “ Jangan sebut pak aji lah Ain, naik geli aku dengar !!” Hairani menggerutu geram. Tidak henti mulut kawannya itu mengibaratkan tunangnya itu pak aji.
          “ Habis tu, nak panggil apa? Abang aji? Just imagine Hairani..tak lama lagi kau akan kahwin dengan lelaki yang dah masuk umur 30, lepas tu berjanggut panjang..! Alamak..tak lama lagi, mesti kau tak nak kawan dengan aku lagi, sebab aku ni perangai gila-gila sikit!” Norain menepuk bahu Hairani.
          “ Mulut kau tu, nanti aku cilikan baru kau tahu! Bagilah sokongan moral sikit..supaya hati aku ni tenang. Aku susah hati ni, tau tak? Mak aku tu pun satu, pilih menantu tak tengok betul-betul dulu..orang dah tua bangka macam tu pun dia setuju nak terima jadi laki aku..” Jelas Hairani masih tidak puas hati dengan keputusan muktamad ibunya tempoh hari.
          “ Agaknya, mak kau ada instinct yang bagus tentang dia ni kot?” Norain jungkit keningnya, sambil memandang wajah Hairani.
          “ Menyesal aku tak cari boyfriend terus lepas aku clashed dengan Iskandar..”
          “ Itulah kau. Lepas putus dengan Is, kau jual mahal. Kat kolej, kau asyik jual mahal. Lepas tu tak pernah nak senyum..mana orang nak nampak muka kau yang cute tu!” Tempelak Norain. Hairani terdiam. Kata-kata kawannya itu memang ada benarnya. Setelah hampir setahun dia terputus hubungan dengan Iskandar, dia selalu menyendiri. Pendek kata, dia lebih suka pegang tittle lone ranger di kalangan pelajar perempuan di kolej mereka.
          “ Ini mesti gara-gara Suraya yang telefon ke rumah, cakap dengan mak aku yang aku kacau suami dia..kalau tak, mak aku tak akan gesa aku kahwin dengan sepupu aku tu..” Gumam Hairani lagi.
          “ Hem..aku pun tak dapat cakap apa lagi Hairani. Keputusan muktamad dah pun dipersetujui..takkanlah kau nak batalkan pernikahan kau last minute pulak. Nasihat aku..kau terima jelah laki kau tu seadanya. Aku tahu..macam aku, kau pun mesti harap yang kau akan dapat laki yang hensem……! Tapi..erm..” Bicara Norain terhenti seketika. Hairani yang leka mendengar bicara kawannya yang mula serius itu terus memandang wajah Norain.
          “ Tapi apa ?” Soal Hairani, agak pantas.
          “ Biarpun dia tak hensem..kau terimalah dia ye Aira..” Norain ketawa lagi. Hairani sudah mula memuncungkan bibirnya. Geram lagi dia kerana Norain sudah mengenakan dia untuk kali yang ke berapa entah!
          “ Heh! Takpe..kau ketawakan aku sekarang! Aku tahu laki aku tak lawa..tak hensem, tak semacho Aiman..jejaka idaman semalaya di kolej tu..”
          “ Hek eleh…manalah kau tahu laki kau tak hensem ? Orang yang dah bergelar haji tu tak bermakna tak hensem..! Zaman sekarang ni dah ramai pak aji yang cute, tampan..” Norain tersengih lagi. Bertambah sakit hati Hairani melihat mimik wajah kawannya itu.
          “ Iyelah tu. Sekejap kau kenakan aku..sekejap kau sokong tunang aku tu..” Bibirnya masih muncung.
          “ Janganlah marah Aira. Aku sengaja nak usik kau, nanti kau dah kahwin..siapa lagi yang aku nak usik. Kau tak kira berapa hari lagi tinngal tempoh kau bergelar anak dara? Cuba kau kira..tinggal 24 hari je lagi. Come on la Aira, just have fun..” Pujuk Norain, cuba menenangkan perasaan kawannya yang seorang itu.
          “ Ingat Ain, jangan sampai rahsia aku ni orang lain tahu. Selagi aku bergelar student di kolej ni, selagi tu aku tak nak orang tahu identity aku selepas kahwin nanti..” Ujar Hairani, seakan memberi peringatan kepada Norain.
          “ Okey bos…tak ada masalah punya. Kau boleh percayakan aku. Tapi..dengan syarat, aku mesti dijemput datang waktu kau bersanding nanti..” Senyuman terukir di bibir Norain,sambil mengerling Hairani.
          Sementara itu, Hairani masih juga duduk terkatuk-katuk di sofa, menyambung semula khayalannya. Dia jadi bengang apabila memikirkan yang sekarang dia sudah berada di ambang perkahwinan. Entah mengapa semuanya boleh terjadi dalam sekelip mata. Tiba-tiba bayang Aiman menjengah ruang penglihatannya. Baru dalam sebulan ini lelaki itu asyik menghubunginya. Baru dalam tempoh sebulan ini juga hati Hairani terbuka untuk menerima lelaki lain selepas dia dan Iskandar berpisah. Semua itupun masih jadi rahsia dirinya, Norain sekalipun tetap tidak tahu tentang hubungan dia dan Aiman yang baru berputik itu. Kalaulah Norain tahu tentang dia dan Aiman yang sudah mula akrab dalam diam itu, mahu kes itu akan tersebar dengan luas di kolej nanti. Maklumlah..Aiman itu pelajar yang tampan, dan yang paling penting dia merupakan salah seorang best student di kolej.

No comments:

Post a Comment