NuffNang Ads

Peminat ku.........

Kata-kata itu indah........

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Wednesday, February 23, 2011

Cinta Kita - Bab 6


Suasana rumah teres yang menjadi tempat tinggal Hairani dan Norain sunyi sepi. Norain sedang sibuk menyediakan hidangan untuk makan tengahari, manakala Hairani masih lagi berkurung di dalam bilik.
          Sudah dua hari, karenah Hairani semakin banyak berubah. Norain yang perasan akan perubahan Hairani itu hanya mengambil sikap untuk mendiamkan diri sahaja, malas mahu menegur apa-apa. Lagipun, membebel beratus-ratus patah perkataan di depan Hairani pun, tetap juga Hairani tidak ambil pusing. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau masih mahu menegur sikap Hairani itu samalah seperti menyiramkan air ke daun keladi. Hasilnya tetap sia-sia!
          Aiman juga semakin berani. Dia semakin kerap datang melawat Hairani di rumah, kononnya tunjuk sikap ambil berat dan prihatin selepas menghulurkan bantuan ketika kaki Hairani terseliuh tempoh hari. Kadang-kadang Norain geram sendiri melihat telatah dua orang kawannya itu. Nak dikata Aiman salah, rasanya beban kesalahan tidak dapat diletakkan dibahu Aiman  seorang kerana Aiman tidak tahu menahupun tentang pertunangan mahupun hal perkahwinan Hairani. Jadi yang ternyata bersalah pada saat ini tidak lain dan tidak bukan adalah Hairani !
          “ Kawal sikit diri tu oiii…kalau dah desperate sangat nanti, aku bagitahu je Aiman yang kau tu dah bertunang..” Ugut Norain, satu ketika selepas sahaja kereta Aiman bertolak dari perkarangan rumah mereka. Geram hatinya dengan sikap Hairani yang suka bertindak tanpa berfikir.
          “ Janganlah Ain…” Hairani cuba memujuk.
          “ Engkau tu Aira, semakin aku berlembut, kau naik tocang pulak. Aku ni memanglah bukan baik sangat…tapi aku tak nak jugak kau dapat susah nanti. Apa kata tunang kau kalau dia dapat tahu? Mak bapa kau lagi…bakal mak dan bapa mertua kau…nak cakap apa pada mereka? Kalau kau tu bukan tunang orang, aku tak kisah…” Ujar Norain, dengan harapan Hairani faham tujuannya memberi nasihat selama ini. Memanglah dia bukannya baik sangat untuk dijadikan contoh kepada Hairani…tapi setidak-tidaknya, dia mahu Hairani berfikiran secara matang, bukan hanya mengikut perasaan.
          “ Aku akan selesaikan masalah ni nanti Ain…! Aku akan jelaskan perkara sebenar kepada keluarga aku…” Sahut Hairani.
          “ Selesaikan macam mana maksud kau ni?” Norain tidak faham sama sekali apa yang dimaksudkan oleh Hairani.
          “ Nantilah…just wait and see. Rasanya, aku ni…tak nak kahwin dengan lelaki tua..” Hairani terus beredar meninggalkan Norain keseorangan. Norain masih melopong. Di dalam fikirannya cuma terlintas satu perkara sahaja yang dapat dikaitkan dengan kata-kata Hairani itu, iaitu membatalkan perkahwinannya dengan Pak Aji.
          Namun itu dua hari yang lepas. Sehingga sekarang Norain belum lagi melihat apa-apa perkembangan terbaru tentang perkahwinan Hairani yang bakal berlangsung dalam tempoh tidak sampai dua minggu lagi. Cuma yang dia nampak, Hairani semakin menjadi-jadi bergayut di telefon dengan Aiman. Yang paling dasyat..kawannya itu kadang-kadang senyum sendiri apabila menerima SMS dari Aiman. Dan biarpun Hairani tidak pernah memberitahu dia yang Aimanlah orang yang selalu mengirim SMS itu, Norain tetap dapat mengagak Aimanlah orang itu. Kalau Pak Aji…wajah Hairani tidak akan berseri sebegitu rupa…!!
          “ Hai..termenung panjang nampak..!!” Tegur Hairani yang baru muncul di pintu dapur. Terpisat-pisat Norain memandang wajah Hairani yang kelihatan ceria dan berseri-seri itu. Dia tahu sangat, wajah berseri Hairani itu berpunca daripada Aiman. Kalau Aiman tidak mengirimkan SMS pastinya Aiman ada menelefon Hairani. Norain merungut lagi di dalam hati. Entah mengapa, banyak-banyak perempuan di kolej, kenapa Aiman mesti memilih Hairani. Kalau Hairani masih solo, tak juga apa. Tapi ini…? Arghh…Hairani pun satu..hantu..!!
          “ Termenung pasal kau..” Sahut Norain bersahaja.
          “ Pasal aku ye..? Tentang apa ?” Hairani duduk bertentangan dengan Norain.
          “ Pasal Pak Aji…pasal Aiman…”
          “ Rupanya kau fikir pasal tu ye? Ala…bawa bertenanglah Ain. Aku yang nak kahwin ni pun masih tenang, kau pulak yang melebih-lebih nervous berbanding aku. Kau nak tahu satu perkara tak..?” Begitu tenang sekali wajah Hairani memandang Norain.
          “ Pasal apa ?” Tanya Norain pantas.
          “ Aiman luah perasaan kat aku semalam. Kalau kau nak tahu…inilah perkara yang aku tunggu-tunggu selama ni…tak sangka pulak jadi kenyataan…” Luah Hairani dengan senyuman terukir di bibir.
          “ Jadi, kau terima ?” Tanya Norain lagi. Hairani pantas mengangguk.
          “ Mestilah…” Tenang sekali Hairani berbicara. Bertemu kening Norain mendengar jawapannya.
          “ Gila ke kau ni Aira ! Pak Aji tu macam mana ? Nak nikah pun sempat juga terima cinta orang lain ?” Bagai mahu terjojol keluar mata Norain memandang Hairani.
          “ Kan aku dah cakap kat kau..hal aku dengan Pak Aji akan selesai. Bertenanglah…aku tahu apa yang aku nak buat. Jangan bimbang…aku tak akan susahkah kau…”
          “ Hairani..baik kau tinggalkan Aiman tu. Sekarang ni belum terlambat. Jangan nak undang masalah Hairani..” Nasihat Norain kemudiannya. Entah mengapa dia merasakan Hairani seolah-olah sudah tidak dapat berfikir dengan betul. Masakan dia sanggup menerima Aiman sedangkan dia sudah bertunang dengan orang lain…!!!
          Hairani hanya membatu diri, seolah-olah tidak mendengar apa yang dibicarakan oleh Norain sebentar tadi. Norain hanya mampu menghela nafas yang panjang. Sudah habis ideanya mahu menegur sikap Hairani lagi. Semakin Hairani ditegur, semakin Hairani menyakitkan hatinya.

No comments:

Post a Comment