NuffNang Ads

Peminat ku.........

Kata-kata itu indah........

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Wednesday, February 23, 2011

CInta Kita - Bab 5


Ayam goreng di dalam pinggan masing-masing sudah tinggal tulang. Norain menyedut baki Coke yang masih tinggal di dalam gelas kertas itu. Hairani sudah menyandar kekenyangan.
          “ Sakitlah kaki aku ni Ain..” Nada bicara Hairani sudah bertukar lembut, menampakkan tahap kemarahannya yang sudah semakin menurun. Tangannya sejak tadi masih lagi mengurut pergelangan kakinya yang terasa sakit.
          “ Itulah, tadi kau layan sangat perasaan marah kau tu. Imperial yang jauh lima belas minit dari Bintang Plaza pun kita boleh sampai dalam masa 5 minit je…! Tadi ada orang nak tolong, kau maki dia..sekarang..hah ! Padan muka kau..” Perli Norain. Sememangnya sejak tadi dia menahan geram melihat Hairani yang membuta tuli melayan kemarahannya.
          “ Terasa menyesal pulak..” Hairani sudah tersenyum sumbing. Sambil itu dia mengurut pergelangan kakinya. Agaknya bahagian pergelangan kakinya itulah yang dimaksudkan Hairani sakit sebentar tadi. Norain menggeleng kepala. Terdetik perasaan kasihan apabila melihat mimik wajah Hairani yang menahan sakit di kakinya itu. Sedangkan tadi, sedikit pun Hairani tidak merasa sakit di kakinya itu, malahan sanggup berjalan kaki lagi dari Bintang Plaza ke Imperial Mall.
          “ Itulah. Mulut tu..lain kali bila marah,  kontrol sikit ! Jangan asyik nak cakap main lepas je..suka hati je nak herdik orang…! Kau nikan Aira, tak berubah-ubah lagi. Kau tu tak lama lagi nak jadi isteri orang. Buang sikit panas baran kau tu…” Biarpun terasa kasihan melihat Hairani, Norain tetap mahu memberi sedikit kata nasihat untuk kawannya itu. Akhir-akhir ini Hairani semakin cepat marah, pantang silap sikit..dia akan terus melenting. Panas barannya yang selama ini cuba dikawal, sudah mula ‘keluar’ menguasai Hairani. Norain faham, mungkin juga sikap Hairani itu dipengaruhi oleh kes perkahwinan mengejutnya yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.
          “ Aku lapar Ain, sebab tu aku cepat marah..” Kendur sekali wajah Hairani ketika berkata begitu.
          “ Aku faham kau lapar…aku pun lapar..” Norain menarik nafas. “ Tapi sekalipun kau lapar, janganlah kau marah orang macamlah kau nak makan orang tu hidup-hidup !” Perli Norain lagi di hujung bicaranya. Hairani sudah menongkat dagu.
          “ Aku minta maaflah. Tadi aku memang betul-betul lost control. Pak Aji tu yang buat aku naik darah. Lagipun, kau sendiri tahu, bukan senang aku nak buat keputusan jumpa dia. Bila aku dah setuju..alih-alih dia pulak terlambat. Kalau sepuluh minit aku tak hairan..ini..satu jam kita menunggu. Mana aku tak naik darah..” Jelas Hairani.
          “ Kalau kau marah dengan Pak Aji tu..kau janganlah jadikan orang lain mangsa kemarahan kau. Ni..tadi kau telefon orang tua tu..apa yang dia cakap?’ Soal Norain. Sebenarnya sejak tadi dia ingin tahu butir bicara Hairani dengan tunangnya itu.
          “ Dia tak sempat nak cakap apa-apa…aku dah sembur dia dulu…” Hairani menundukkan wajahnya, memandang lantai KFC. Norain tarik nafas untuk kesekian kalinya.
          “ Takkan tak sempat cakap sepatah pun…?” Norain tidak percaya.
          “ Dia sempat cakap ‘hello’ je..” Semakin perlahan suara Hairani.
          “ Kau ni..memang betul macam singa betina hilang anaklah Hairani. Kesian kat Pak Aji..” Norain hanya mampu menggelengkan kepalanya setelah mendengar penjelasan Hairani sebentar tadi. Memang bertuah sungguh kawannya yang seorang itu. Pak Aji pun tak sempat bersuara…!!!
          Norain sudah malas mahu bersuara untuk bertanya itu ini kepada Hairani lagi. Sekarang kemarahan Hairani memang sudah reda, dan pasti kawannya itu tidak akan berhenti meluahkan rasa serba-salahnya di atas tindakan melulunya sebentar tadi. Cuma sekarang Norain mula membayangkan, agaknya bagaimanalah kehidupan berumahtangga kawannya itu nanti sekiranya Hairani masih terus dengan sikap cepat marahnya itu. Mahu Pak Aji selalu kena halau keluar dari bilik…!!!
          “ Kau dah habis makan ke Ain..kalau macam tu kita balik jelah…” Ajak Hairani.
          “ Dah. Tinggal tulang je dalam pinggan aku ni. Jomlah balik..” Norain terus berdiri apabila melihat Hairani sudah angkat punggung dari kerusi. Bagaimanapun wajah Hairani berkerut lagi sewaktu mereka baru mahu melangkah keluar dari KFC.
          “ Kau ni kenapa Aira ? Kaki kau tu sakit sangat ke ?” Berkerut dahi Norain memandang wajah Hairani. Hairani tidak menjawab soalan Norain itu, sebaliknya dia duduk semula di kerusinya tadi.
          “ Sakitlah. Aku rasa kaki aku ni..terseliuh…” Adu Hairani. Keruh wajahnya seakan menahan sakit.
          “ Engkau ni Aira, ada-ada jelah. Dah kau sakit macam ni, aku jugak yang susah. Tadi orang nak tolong, kau tak nak…sekarang ni apa yang kita nak buat? Kalau kita ada kereta..senang jugak aku nak bawa kau balik…” Bebel Norain, sambil melabuhkan semula punggungnya di kerusi.
          “ Manalah aku tahu  nak jadi macam ni..” Suara Hairani semakin perlahan.
          “ Em..apa kata kau telefon Pak Aji, minta tolong dia hantar ke rumah? Lagipun, tadi diakan di Bintang Plaza tu je..bukannya jauh dari sini pun…” Cadang Norain tiba-tiba.
          “ Tak naklah…!” Hairani pantas menggeleng kepala.
          “ Aii..dah sakit macam ni pun kau masih nak berlagak lagi Hairani ? Kalau tak telefon Pak Aji..siapa lagi kita nak telefon ?” Norain memandang wajah Hairani dengan pandangan yang tajam. Perasaan geram terhadap Hairani yang tidak habis-habis berlagak itu mula menggunung di dalam hatinya. Semakin geram dia apabila Hairani buat endah tak endah dengan kata-katanya sebentar tadi.
          “ Telefon Aiman jelah..minta tolong dia…” Cadang Hairani pula.
          “ Aiman ?” Wajah Hairani dipandang untuk kesekian kalinya. “ Kenapa mesti nak telefon Aiman? Tunang sendiri kan ada ! Kau tu dah nak kahwin Aira…janganlah menyibuk nak jalinkan hubungan dengan lelaki lain pulak…” Tempelak Norain. Dia sudah tidak kisah sekiranya Hairani akan marah untuk kali kedua. Hairani bagaikan tek reti bahasa…! Sejak hari itu selalu sahaja Norain ingatkan Hairani, jangan nak rapatkan diri dengan Aiman lagi sebab Hairani bakal bergelar isteri orang. Tapi Hairani tetap juga buat ‘deek’. Agaknya Hairani teruja…maklumlah, itulah satu-satunya lelaki yang Hairani minat dalam diam selepas dia dan Iskandar membawa arah masing-masing. Si Aiman pula, kedatangannya tidak tepat pada masanya. Di saat Hairani bakal bergelar isteri orang..barulah Aiman mula memberikan respon yang baik kepada Hairani.
          “ Kami kawan je Ain, janganlah salah faham..” Hairani cuba membela dirinya.
          “ Ya..kawanlah tu. Kalau dah sampai tiap-tiap malam bergayut di telefon dengan Aiman..lepas tu bertukar-tukar SMS…kawan biasa ke tu?” Mencerlang sahaja  mata Norain melihat Hairani.
          “ Dahlah Ain. Jangan nak membebel. Aku pilih nak telefon Aiman juga. Kau nak ikut atau tak nak..it’s up to you…” Putus Hairani sendiri. Norain mencebik, malas mahu bertengkar lagi. Tidak kuasa dia mahu bersoal jawab dengan Hairani yang tidak pernah ketandusan idea untuk menjawab biarpun ternyata dirinya yang bersalah.

No comments:

Post a Comment